KENYATAAN MEDIA

Neway Karaoke Box Malaysia telah di tubuhkan di Malaysia pada 1994 dan cawangan yang pertama di Berjaya Times Square. Dalam masa 11 tahun, Neway telah mengembangkan perniagaan dari satu cawangan sehingga 10 cawangan di lembah klang, Johor Baru serta di Pulau Pinang.

Kini kali pertama Neway menganjurkan Anugerah K Neway yang tersendiri dengan sokongan penaja utama MPI Generali Insurans Berhad. Anugerah tersebut akan dilangsungkan di The Garden Theatre, Mid Valley pada 5 September 2015, jam 8.00 malam.

Anugerah K Neway 2015 merupakan kesinambungan bagi Anugerah Lagu Melayu Paling Popular di Neway. Penganjuran kali pertama ini diharap dapat menjadi landasan bagi penggiat seni tempatan mengetengahkan karya – karya muzik terbaik mereka.

Anugerah yang mengetengahkan lagu-lagu melayu popular ini juga diharap dapat memeriahkan lagi industri muzik tanah air disamping memberi penghargaan dan penghormatan kepada para penggiat seni muzik tempatan serta syarikat-syarikat rakaman yang telah banyak menyumbangkan lagu-lagu kepada Neway.

Sila rujuk dibawah untuk kategori yang dicalonkan:-
  1. 10 Lagu paling hangat di Neway
  2. 5 lagu paling popular di Neway
  3. Artis Lelaki Terbaik Neway
  4. Artis Wanita Terbaik Neway
  5. Artis Duo/Berkumpulan Terbaik Neway
  6. Muzik Video Terbaik Karaoke
  7. 5 Lagu Serantau Terbaik di Neway


Untuk mengundi bagi calon-calon tersebut sila ke laman web “anugerahk.newaykb.com.my”.

Undian bermula pada jam 12 malam, 10 August 2015.

Undian telah tamant! Kami hanya akan mengambil kira undian sehingga 28 August 2015 pada jam 11.59pm. Undian yang diundi selepas jam 12.00am tidak akan diambil kira.

Sekian Terima kasih!